KenanganPanduan
Cara buat galeri gambar kahwin
Kumpul setiap gambar daripada setiap tetamu majlis anda di satu tempat — dengan satu kod QR, tanpa aplikasi. Ikut lima langkah mudah ini.
Kenangan membolehkan setiap tetamu majlis anda berkongsi gambar ke satu tempat — hanya dengan mengimbas satu kod QR. Sesuai untuk majlis kahwin, pertunangan, kenduri, dan apa-apa perayaan. Berikut cara membuatnya dengan Kenangan.
- 1Cipta galeri majlis andaBuka Kenangan, masukkan tajuk majlis (contoh: 'Walimatulurus Adam & Hawa'), dan pilih sama ada anda perlukan galeri sahaja, kad jemputan digital, atau RSVP. Anda terus dapat kod QR dan pautan galeri — tanpa akaun.
- 2Aktifkan galeriBuat satu bayaran sahaja mengikut arahan yang dipaparkan. Selepas disahkan, anda boleh membuka galeri dan memulakan tempoh aktif selama 2 bulan.
- 3Paparkan kod QR di majlisCetak kod QR dan letakkan di setiap meja tetamu, pintu masuk, atau standee. Tambah ayat ringkas seperti 'Imbas untuk kongsi gambar' supaya tetamu terus faham.
- 4Tetamu imbas & muat naikTetamu imbas kod QR dengan kamera telefon dan terus ke galeri dalam browser — tak perlu download apps atau daftar akaun. Mereka ambil atau muat naik gambar, dan semua muncul serta-merta — live.
- 5Lihat & muat turun kenanganSelepas majlis, lihat setiap momen dari kaca mata setiap tetamu di satu tempat. Muat turun semua gambar — termasuk yang anda tak sempat ambil sendiri — sebelum tamat tempoh.
Kenapa galeri kod QR?
Kenangan yang lengkap
Kumpul gambar yang anda terlepas
Setiap tetamu jadi jurugambar. Anda dapat sudut dan momen yang jurugambar rasmi pun tak sempat rakam.
Tanpa aplikasi, tanpa kerumitan
Tetamu hanya imbas kod QR dan terus guna dalam pelayar. Tiada muat turun aplikasi, tiada pendaftaran.
Semua di satu tempat
Tak perlu lagi kejar gambar daripada tetamu melalui chat WhatsApp. Setiap kenangan terkumpul di satu galeri.
Bayar sekali sahaja
Satu bayaran untuk keseluruhan majlis — bukan langganan bulanan. Galeri aktif 2 bulan penuh.
Tips
Majlis yang meriah
- Letak kod QR di setiap meja tetamu dan umumkan semasa majlis supaya semua orang tahu.
- Cetak kod QR pada kad meja atau standee dengan kemas — ia boleh jadi sebahagian daripada hiasan majlis.
- Ingatkan tetamu muat naik gambar sebelum pulang, semasa suasana masih meriah.