KenanganTentang
Setiap tetamu, satu kenangan
Kenangan ialah galeri gambar majlis dalam talian yang dikongsi menerusi satu kod QR. Hos mencipta galeri, mendapat kod QR, dan berkongsi kepada tetamu. Tetamu mengimbas kod tersebut, memuat naik gambar, dan melihat semua kenangan majlis di satu tempat — tanpa aplikasi dan tanpa akaun.
Ia dibina untuk majlis Malaysia: perkahwinan, kenduri, pertunangan, hari jadi, dan sebarang perayaan. Satu bayaran sahaja, galeri aktif selama 2 bulan, dan setiap gambar dari kaca mata setiap tetamu terkumpul di satu galeri yang sama.
Masalah yang kami selesaikan: selepas majlis, pengantin terkejar minta gambar daripada tetamu, dan kadang-kadang ada gambar yang langsung tidak dihantar. Kenangan letakkan semuanya di satu tempat secara langsung — tetamu imbas, snap, dan gambar terus muncul pada Galeri Gambar Live.
Setiap galeri dilindungi: tetamu hanya boleh masuk menerusi pautan atau kod QR majlis anda, dan ia dikecualikan daripada enjin carian. Sebagai hos, anda boleh menyembunyikan atau memadam mana-mana gambar pada bila-bila masa. Gambar disimpan sepanjang tempoh aktif galeri (2 bulan) untuk anda muat turun.
Tiada langganan dan tiada akaun untuk sesiapa. Bayar sekali, galeri aktif, dan tetamu hanya perlu imbas — walaupun yang kurang biasa dengan teknologi dapat menggunakannya.
Kenangan dibina dan dikendalikan oleh TRLABS TECHNOLOGIES (003866989-X) di Malaysia. Harga dalam ringgit dan sokongan melalui WhatsApp. Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, hubungi kami.